PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Diploma Seni Bina 1A
ENCIK MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

Muhammad Adam Rafaiel Bin Abdullah
02DSB2F1030
Mohamad Amir Sufian Bin Mohamad Sahbudin
02DSB20F1002
Muhammad Firdaus Bin Rosezaimee
02DSB20F1026
Saifudin Bin Mohamed Ramli
02DSB20F1034
Muhammad Hafizzie Bin Nordeni
02DSB20F1022
RUKUN NEGARA : ALAT PERSEPADUAN MASYARAKAT
1.0
PENGENALAN
Sesebuah negara maju yang ingin
mencapai kesejahteraan yang klimaks perlulah mempunyai pegangan agar negara
dapat mencapai kemakmuran. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menggubal Rukun
Negara sebagai falsafah dan ideologi negara. Maka, sebagai seorang warganegara
Malaysia yang patriotik, marilah kita memahami dan mendalami latar belakang
penggubalan Rukun Negara ini.
Rukun negara secara rasminya telah
digubal pada 31 Ogos 1970, Isnin setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
banyak meragut nyawa penduduk Tanah Melayu yang tidak bersalah. Setelah
terjadinya peristiwa tersebut, banyak golongan pemimpin yang mula memikirkan
satu inisiatif bagi memulihkan perpaduan antara kaum yang sudah terlerai pada
ketika itu. Maka, digubalkan Rukun Negara bagi membina masyarakat Bersatu padu,
adil dan harmoni tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dengan harapan, cara
hidup demokratik dapat dibina dan ekonomi negara semakin berkembang
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Ø Melahirkan
warganegara Malaysia yang taat kepada kerajaan.
Ø Membangunkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
terutamanya mengenai Rukun Negara sesebuah negara tersebut.
Ø Membina
satu masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama yang bersatu padu serta
berpegang teguh dan berpegang kepada prinsip-prinsip rukun negara.
Ø Menanam
sifat hormat-menghormati dalam diri setiap individu tentang tentang agama yang
wujud di Malaysia.
Ø Menambah
kepatuhan rakyat terhadap undang-undang yang telah digubal
3.0 LIMA RUKUN NEGARA MALAYSIA
3.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini
telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa
dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap
ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.
3.2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang
tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan
ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri
pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong.
3.3 KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan
menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau
kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak
dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta
latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan
dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi
rakyat.
3.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas
kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil
dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat
dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua
anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.
3.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini menekankan
perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah
untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu
yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
4.0 KEPENTINGAN RUKUN NEGARA KEPADA NEGARA, MASYARAKAT DAN INDIVIDU
NEGARA
-mewujudkan negara bangsa stabil
-mencipta sebuah negara yang adil dan saksama
-membina sebuah negara yang progresif
-dijadikan panduan pemimpin bagi menggalakkan perpaduan
MASYARAKAT
-mencipta sebuah negara yang aman
-melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama
-mengeratkan hubungan sesama masyarakat
-mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat
INDIVIDU
-menjadi pegangan individu yang patriotik
-mengelak nilai perkauman dalam diri individu
-melahirkan individu progresif yang menggunakan teknologi sains dan moden sebaiknya
KESIMPULAN
Tuntutasnya kita sebagai rakyat malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni perlulah menjunjung prinsip rukun negara didalam setiap individu rakyat malaysia. Hal ini kerana, rukun negara telah menyampaikan isi yang penting bagi melestarikan masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni yang berbilang kaum. Akhir sekali, kita sebagai rakyat malaysia mestilah menghargai dan memperingati jasa dan pengorbanan wira negara bangsa