Thursday, 17 September 2020

RUKUN NEGARA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Diploma Seni Bina 1A

ENCIK MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

Muhammad Adam Rafaiel Bin Abdullah

02DSB2F1030

Mohamad Amir Sufian Bin Mohamad Sahbudin

02DSB20F1002

Muhammad Firdaus Bin Rosezaimee

02DSB20F1026

Saifudin Bin Mohamed Ramli

02DSB20F1034

Muhammad Hafizzie Bin Nordeni

02DSB20F1022



RUKUN NEGARA : ALAT PERSEPADUAN MASYARAKAT

1.0  PENGENALAN

          Sesebuah negara maju yang ingin mencapai kesejahteraan yang klimaks perlulah mempunyai pegangan agar negara dapat mencapai kemakmuran. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah dan ideologi negara. Maka, sebagai seorang warganegara Malaysia yang patriotik, marilah kita memahami dan mendalami latar belakang penggubalan Rukun Negara ini.

 

          Rukun negara secara rasminya telah digubal pada 31 Ogos 1970, Isnin setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang banyak meragut nyawa penduduk Tanah Melayu yang tidak bersalah. Setelah terjadinya peristiwa tersebut, banyak golongan pemimpin yang mula memikirkan satu inisiatif bagi memulihkan perpaduan antara kaum yang sudah terlerai pada ketika itu. Maka, digubalkan Rukun Negara bagi membina masyarakat Bersatu padu, adil dan harmoni tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dengan harapan, cara hidup demokratik dapat dibina dan ekonomi negara semakin berkembang

 

2.0  OBJEKTIF KAJIAN

Ø Melahirkan warganegara Malaysia yang taat kepada kerajaan.

Ø Membangunkan  masyarakat yang berilmu pengetahuan terutamanya mengenai Rukun Negara sesebuah negara tersebut.

Ø Membina satu masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama yang bersatu padu serta berpegang teguh dan berpegang kepada prinsip-prinsip rukun negara.

Ø Menanam sifat hormat-menghormati dalam diri setiap individu tentang tentang agama yang wujud di Malaysia.

Ø Menambah kepatuhan rakyat terhadap undang-undang yang telah digubal

3.0  LIMA RUKUN NEGARA MALAYSIA

 

3.1  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

 

3.2  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

 

 

3.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

 

3.4  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

 

3.5  KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

 


4.0  KEPENTINGAN RUKUN NEGARA KEPADA NEGARA, MASYARAKAT DAN INDIVIDU


NEGARA

-mewujudkan negara bangsa stabil

-mencipta sebuah negara yang adil dan saksama

-membina sebuah negara yang progresif

-dijadikan panduan pemimpin bagi menggalakkan perpaduan


MASYARAKAT

-mencipta sebuah negara yang aman

-melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

-mengeratkan hubungan sesama masyarakat

-mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat


INDIVIDU

-menjadi pegangan individu yang patriotik

-mengelak nilai perkauman dalam diri individu

-melahirkan individu progresif yang menggunakan teknologi sains dan moden sebaiknya




KESIMPULAN


Tuntutasnya kita sebagai rakyat malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni perlulah menjunjung prinsip rukun negara didalam setiap individu rakyat malaysia. Hal ini kerana, rukun negara telah menyampaikan isi yang penting bagi melestarikan masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni yang berbilang kaum. Akhir sekali, kita sebagai rakyat malaysia mestilah menghargai dan memperingati jasa dan pengorbanan wira negara bangsa










RUKUN NEGARA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Diploma Seni Bina 1A ENCIK MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI Muhammad Adam Rafaiel Bin Abdullah 02DSB2F1030 Moham...